Sunday, 5 October 2014

KOMUNIKASI PERNIAGAAN

BAB 12 : PEMBENTANGAN SECARA ORAL DAN ONLINE

KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM

  • Pernahkah anda terlibat dalam beberapa situasi berikut:

 - diminta untuk memperkenalkan diri dalam satu majlis
 - dilantik wakil kumpulan untuk berucap atau membentangkan bagi pihak kumpulan
 - diminta menjadi pengerusi majlis
 - dijemput untuk menyampaikan ucapan berkaitan dengan pengalaman anda

DEFINISI PENGUCAPAN

  • Perlahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggora tubuh perucap)
  • Satu bentuk komunikasi di mana penyampai menyampaikan ucapan kepada audien yang ramai
SALAH TANGGAP MENGENAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

  • Lahir dengan sendiri
  • Satu anugerah yang kebetulan
  • Tidak perlu dipelajari
  • Tidak perlu diasah
SIAPA YANG DIKATAKAN PEMIMPIM
  • Pengurus
  • Pegawai
  • Penyelia
SIKAP DAN PERSONALITI PEMIMPIN
  • Yakin dan percaya pada diri sendiri
  • Yakin dengan apa yang difikirkan
  • Yakin dengan apa yang diucapkan
  • Yakin dengan apa yang dilakukan
TUJUAN UCAPAN
  • Memberi maklumat
  • Mempengaruhi
  • Memujuk
  • Bertukar pendapat
  • Syarahan umum
  • menghibur
MULAKAN UCAPAN
  • Gaya tersendiri
  • Berkeyakinan – berjalan dengan tenang
  • Adakan hubungan dengan audien
  • Tunjukkan senyuman – ceria
  • Mulakan ucapan tanpa memandang nota
  • Mulakan dengan terima kasih kepada penganjur program/majlis
  • Perkenalkan diri
  • Nyatakan perasaan, harapan dan jangkaan terhadap pendengar 
KETIKA UCAPAN
  • Nyatakan kerangka isi ucapan
  • Mulakan dengan isu hangat/ semasa
  • Nyatakan betapa pentingnya audien mendengar ucapan anda pada hari ini.
  • Buat jenaka sekali sekala
  • Ajukan soalan – kaitkan dengar pendengar
  • Guna kata-kata hikmat
  • Selitkan contoh, data dan statistik untuk menguatkan hujah anda
PANTANG LARANG BERUCAP
  • Elakkan ungkapan seperti berikut:
 - “terlebih dahulu saya minta maaf kalau …”
 - “sepatutnya orang lain yang bentangkan, tetapi kerana orang tersebut ke …”
 - “ehh…! Saya sebenarnya tak pandai berucap …”
 - saya tidak bercadang untuk berucap pada hari ini …”
 - “inilah kali pertama saya bercakap …”
 - “saya hanyalah bidan terjun …”
 - “minta maaf kerana tertinggal nota …”

HATI-HATI
  • Tidak bergayut pada rostrum, berdiri senget, menenggek dan sebagainya
  • Berpeluk tubuh, tangan dalam poket, pergerakan yang melampau
  • Menggaru, menggosok hidung, patah-patahkan jari, menggaru misai/janggut, memperbetulkan pakaian, garu kepala, bermain lidah/bibir
  • Bermain alatan menulis
  • Kerap menyelak nota
PENUTUP DAN RUMUSAN UCAPAN
  • Rumus apa yang telah disampaikan
  • Selitkan mutiara kata
  • Harapan kepada audien
  • Ucapan terima kasih kepada penganjur
  • Berjalan ke tempat duduk dengan sopan dan bersemangat

No comments:

Post a Comment